EOM - Entrepreneur Opportunity Meeting

Sepanjang minggu lalu saya berpeluang untuk menghadiri beberapa sessi EOM yang dianjurkan oleh pihak syarikat di bangunan baru kami di Jaya One. Sessi ceramah yang sempat saya hadiri adalah pada malam pertama, kedua dan keempat. Pada malam2 tersebut speaker yang menyampaikan ceramah adalah Presiden Uptrend sendiri iaitu Mr. Gary Gan, Dr. Ahmad Daud M.D dan Tn. Hj. Roshidi. Mereka ini adalah MEC (Millionaire Executive Club) iaitu mereka2 yang telah berjaya bergelar jutawan sejak menyertai Uptrend.
Sedikit maklumat tentang EOM, ia adalah satu taklimat tentang peluang perniagaan di dalam Uptrend yang diberikan oleh mereka yang benar-benar berjaya melalui sistem perniagaan ini. Ia juga adalah salah satu strategi syarikat untuk menarik bakal-bakal usahawan baru kerana yang hadir pada malam tersebut bukan sahaja di kalangan ahli tetapi juga bakal-bakal usahawan atau prospek yang ingin mengetahui tentang konsep perniagaan serta peluang yang disediakan. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk membawa beberapa orang rakan yang berminat untuk mencuba perniagaan ini dan menjadi usahawan e-dagang. Info atau input yang diperolehi daripada EOM amat amat amat berguna bukan sahaja untuk menyertai uptrend tetapi ia juga membuka minda kita terhadap peluang dan ruang yang terhidang di depan mata tanpa kita melakukan apa2...Semestinya speaker kegemaran saya adalah Dr. Ahmad Daud atau lebih mesra di panggil DAD di kalangan uptrenders. Beliau adalah Timbalan Presiden Uptrend Network Sdn. Bhd. Pendekatan yang beliau bawa dalam mencetuskan kesedaran kepada ahli dan bakal ahli amat menakjubkan..Beliau juga ada menulis beberapa buah buku motivasi diri serta perkongsian pengalaman mengenai kejayaan dan kekayaan. Ramai jutawan yang telah berjaya melalui Uptrend datangnya dari tunjuk ajar beliau.
Selain EOM, pihak syarikat juga ada menyediakan beberapa modul kursus khas untuk pembangunan ahli ke arah kejayaan dalam perniagaan ini. Antaranya adalah NEW (New Entepreneur Workshop) dan TTT (Train The Trainer) yang diadakan sepanjang tahun untuk memantapkan lagi pemahaman dan motivasi diri untuk menjalankan perniagaan ini dengan betul dan berjaya. Pada anda yang masih tercari2 platform untuk berniaga, saya mencadangkan Uptrend sebagai pilihan anda. Untuk maklumat lanjut tentang perniagaan ini, boleh la emailkan pertanyaan anda ke profitaccess@gmail.com
Sambutan yang menggalakkan daripada mereka yang ingin berubah
Read more...